Seasonally PICK UP!

Inilah Osaka!
5 Pilihan Destinasi Pelancongan


1.Osaka Castle Park
Osaka Castlemerupakan salah satu antara tiga istana terbesar di Jepun。Bangunan 8 tingkat ini, yang pada luarannya kelihatan seperti 5 lapisan boleh dibanggakan dari segi reka bentuknya. Kepada sesiapa yang ingin mengunjungi taman bercirikan sejarah, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda! Ia juga menyajikan pemandangan hijau yang luas dan terletak di laluan ke kota. Selain dijadikan tempat untuk menikmati pemandangan bunga sakura di musim bunga, ia juga sesuai dijadikan tempat untuk menikmati “Nioi no Mori(bau hutan)” oleh orang cacat penglihatan. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis pokok mengikut musim.
【Data】
Alamat
Osakajo, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka-fu
Nombor telefon
06-6755-4146(Osaka Castle Park Center)
Laman sesawang
http://osakacastlepark.jp/
Laluan
Travel from JR “Kansai Airport Station” to “Tennoji Station,” and transfer to the JR Osaka Loop Line for “Morinomiya Station.” Immediate walking distance from the station
2.Tempozan Harbor Village
Tempozan merupakan tempat rekreasi yang membuatkan hari anda lebih menyeronokkan. “(Kaiyukan)Kaiyuukan” (gambar)merupakan aquaria terbesar di dunia, yang menyediakan habitat untuk pelbagai hidupan laut dalam bentuk tiga dimensi. Di sini, anda boleh melihat pelbagai hidupan laut seperti ikan paus yang besar, penguin yang comel, semburan obor-obor dan lain-lain lagi. Di samping itu, “Tempozan Giant Ferris Wheel (Tempozandaikanransya)” yang berketinggian 112.5m dari aras laut dan pemandanganOsaka Bay yang boleh dilihat melalui bot persiaran Santa Maria juga, merupakan daya tarikan pelancongan yang kuat buatTempozan.
【Data】
Alamat
1-1-10 Kaigandori, Minato-ku, Osaka-shi, Osaka-fu (Kaiyukan)
Nombor telefon
06-6576-5501(Kaiyukan)
Laman sesawang
http://www.kaiyukan.com/language/
Waktu operasi
10:00~8:00 (Kaiyukan) *Changes according to season
Hari cuti
For 2017, 1/11 (Wed) & 12 (Thu), 2/15 (Wed) & 16 (Thu) (Kaiyukan)
Bayaran
Adult- ¥2,300, Child- ¥1,200, Infant- ¥600, Senior- ¥2,000
Laluan
Travel from JR “Kansai Airport Station” to “Bentecho Station,” then transfer to the subway for “Osakako Station,” and walk 5 minutes.
3.Umeda Sky Building
『Umeda Sky Building』merupakan 2 bangunan yang bersambung di bahagian paling atas. Ia merupakan bangunan yang menjadi tumpuan seluruh dunia dan diiktiraf sebagai antara “Top 20 Buildings around the World (20 rekaan bangunan terbaik di dunia)” oleh sebuah majalah yang terkenal di United Kingdom. Di samping menyediakan pelbagai kemudahan seperti pawagam, bandar menarik ini mampu menjadikannya sebagai “Kuchuteien (tempat rekreasi terapung idaman)”. Anda boleh bergerak ke tingkat atas melalui eskalator yang menarik, atau dengan menggunakan lif berkaca yang menyajikan pemandangan luar secara langsung. Pemandangan luas yang boleh dilihat dari sudut 360 darjah ini pastinya akan menjadikannya sebuah kenangan yang tidak dapat dilupakan.
【Data】
Alamat
1-1-88 Oyodonaka, Kita-ku, Osaka-shi, Osaka-fu
Nombor telefon
06-6440-3901
Laman sesawang
http://www.skybldg.co.jp/skybldg/
Waktu Operasi
Differs by shop
Hari Cuti
Differs by shop
Bayaran
Adult- ¥1,000, Junior high student- ¥700, Elementary student- ¥500, Infant- ¥200, Senior- ¥800 (Kuchuteien Observatory)
Laluan
Travel from JR “Kansai Airport Station” to “Osaka Station,” and walk 9 minutes. / Take the direct “for Shin-Umeda City” Airport Limousine Bus from Kansai International Airport.
4.Spa World, Onsen from Around the World
Kolam air panas yang diilhamkan daripada dua buah benua iaitu Eropah dan Asia. Selain itu, ia merupakan kompleks kolam air panas domestik terbesar, yang boleh digunakan tanpa mengira musim. Tidak perlu disangkal lagi! Selain daripada ruang untuk pengunjung lelaki dan perempuan ditukar secara bersilih ganti setiap bulan, kolam air panas yang bertaraf dunia ini juga boleh dinikmati dalam suasana yang berbeza pada setiap musim. Lokasi yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti JR dan keretapi bawah tanah ini bolah dijadikan sebagai tempat istirehat setelah penat berjalan.
【Data】
Alamat
3-4-24 Ebisuhigashi, Naniwa-ku, Osaka-shi, Osaka-fu
Nombor telefon
06-6631-0001
Laman sesawang
http://www.spaworld.co.jp/
Waktu operasi
10:00~8:45 the following day (entry desk)
Hari cuti
None
Bayaran
Adult- starting at ¥1,200, Child- starting at ¥1,000 *Changes according to season
Laluan
Travel from “Kansai Airport Station” on the JR or Nankai Electric Railway to “Shin-Imamiya Station,” and walk 2 minutes.
5.Misaki Koen Amusement Park
『Misaki Koen』terletak di kawasan berbukit dan menghadap teluk Osaka. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menarik di zoo yang mempunyai kira-kira 70 jenis binatang seperti ikan lumba-lumba, singa dan sebagainya. Anda juga boleh menguji 5 deria anda dengan berseronok di taman tema yang sungguh menarik! Taman tema ini amat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga kerana “roller coaster” yang disediakan boleh dinaiki oleh kanak-kanak juga. Anda juga boleh berseronok di dalam kolam semasa musim panas.
【Data】
Alamat
3990 Tannowa, Sennan-gun Misaki-cho, Osaka-fu
Nombor Telefon
072-492-1005
Laman sesawang
http://www.nankai.co.jp/misaki.html
Waktu operasi
9:30~17:00 *Shortened hours in winter
Hari cuti
See website to confirm
Bayaran
Adult- ¥1,350, Child- ¥700
Laluan
Travel from “Kansai Airport Station” on the Nankai Electric Railway to “Misaki-koen Station.” Immediate walking distance from the station

Seasonally PICK UP!

Pastinya disukai&boleh dibeli untuk diri sendiri!
5 Pilihan Cenderamata dari Jepun
(Makanan Ringan)


1.Nestle Kit Kat Teh Hijau Uji Mini – dijual dalam bentuk 10 set, dan setiap satu set mengandungi 3 peket
Kit Kat merupakan salah satu cenderamata yang menjadi pilihan ramai kerana kepelbagaian pilihan perisa yang menyeronokkan. Kit Kat berperisa teh hijau Uji pastinya menjadi kegemaran sepanjang zaman. Rasa pahit teh lagi menyegarkan ini dapat mengimbangi kemanisan dan membuatkan orang dewasa juga seronok menikmatinya sehingga mampu menghabiskan semuanya dalam sekelip mata. Daun teh Uji yang diuli dalam coklat dengan teliti merupakan simbolik Jepun dan sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
2.Nestle Kit Kat Teh Hijau Sakura Mini – dijual dalam bentuk 10 set, dan setiap satu set mengandungi 3 peket
Jika anda sudah biasa dengan rasa teh hijau Uji, teh hijau Sakura adalah snek sempurna kepada mereka yang mahu menambah kejutan kepada pasangan. Krim yang kaya dengan perisa daun sakura yang cantik, dilapisi dengan wafer yang berbau harum, serta lapisan luarnya disaluti teh hijau Uji. Gabungan warna merah jambu pastinya menjadikan Kit Kat hijau-kuning yang penuh dengan citarasa Jepun ini kelihatan sangat comel dan sesuai dijadikan cenderamata oleh pelancong. Anda boleh mendapatkannya dengan mudah kerana ianya dijual di semua lapangan terbang!
3.Nestle Kit Kat Perisa Strawberi - dijual dalam bentuk 10 set, dan setiap satu set mengandungi 3 peket
Gambaran keenakan rasanya boleh dilihat dengan jelas sepertimana imej yang dipaparkan pada bungkusan luar. Rasa penuh strawberinya yang lazat sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, menjadikan ia antara snek pilihan yang boleh didapati di semua lapangan terbang. Anda pasti boleh menikmatinya walaupun rasanya tidak semanis strawberi coklat biasa. Cetakan buah strawberi pada bungkusan dalamnya juga membuatkan ia kelihatan begitu menawan. Pemberian coklat ini pastinya akan membuatkan rakan sekerja, teman rapat anda merasa gembira dan terasa dihargai.
4.Nestle Kit Kat Hokkaido Melon Mini - dijual dalam bentuk 10 set, dan setiap satu set mengandungi 3 peket
Terasa bagaikan musim panas yang dingin, musim sejuk yang bersalji tebal di seluruh pelusuk utara Jepun... Hokkaido terkenal dengan beberapa sumber bahan yang lazat sudah pasti menjadi kawasan tumpuan orang Jepun khususnya dan para pelancong amnya. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba perisa Hokkaido melon ini. Gabungan kemanisan Hokkaido melon dan keju ‘mascarpone’merangupkan lapisan wafer. Lapisan nipis coklat putih biasa yang membalutinya akan menjadikan rasa susu merebak ke seluruh ruang mulut.
5.Meiji Almond Chocolate 1 kotak besar 173g x 5 kotak
Produk daripada Meiji, syarikat yang mula menghasilkan makanan ringan secara berterusan sejak dari tahun 1910-an sangat sesuai dijadikan cenderamata dari Jepun! Walaupun coklat kacang badam boleh didapati di setiap negara, tahap keenakkannya tetap berbeza. Ia dihasilkan dengan menggunakan kacang berkualiti tinggi sahaja, dan dipanggang dengan teliti. Kemudian, kacang yang disalut dengan susu coklat itu menjadikan kemanisan dan kelembutan rasanya tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Anda tidak boleh berhenti daripada memakannya satu demi satu dan ianya juga sesuai dibeli untuk diri sendiri.

Seasonally PICK UP!

Pastinya Menggembirakan dan Sesuai untuk Kegunaan Sendiri!
5 pilihan cenderamata dari Jepun(Barangan Praktikal)


1. FANCL CALORIE LIMIT 120 kapsul × 3 beg - kira-kira 90 kali
Mari kita mengulas beberapa isi penting mengenai makanan tambahan yang terkenal dan penggunaannya yang sangat menggalakkan terutamanya ketika percutian. Mencuba makanan tempatan adalah satu aktiviti yang sinonim dengan percutian. Anda pastinya tidak akan melepaskan peluang ini walaupun sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Oleh itu, adakah makanan tambahan ini boleh membantu anda? Dengan hanya mengambil 4 tablet sebelum pengambilan makanan yang berminyak, berkarbohidrat dan manis, ia mampu membantu anda mengurangkan penyerapan gula dan lemak yang terkandung dalam makanan. Semestinya ia juga boleh membantu anda dalam proses diet selepas kembali ke negara sendiri!
2.FANCL Multiple Vitamin 90 bijirin - kira-kira 90 hari
Kebanyakan makanan tempatan yang dicuba ketika percutian sangat rendah mutunya dari segi kesihatan. Unsur terbesar yang diperlukan ketika itu adalah vitamin. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan pengambilan satu bijirin dalam satu hari dan ia terdiri daripada campuran pelbagai vitamin yang seimbang (Jumlah kandungan berasaskan jadual nutrisi di Jepun). Ia juga amat sesuai untuk dihadiahkan kepada warga tua yang kurang bertenaga dan kawan-kawan yang mengandung berdasarkan kandungan asid foliknya.
3.FANCL Suppliment for Woman from 30’s
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan yang tiada penghujungnya. Ia juga ada disediakan dalam pek mudah alih mengikut peringkat umur. Secara asasnya, ia diperkenalkan sebagai “perspektif pencegahan perubatan” di negara besar seperti Amerika. Walaupun tiada kebimbangan dalam simptom-simptom tertentu, pengambilan makanan dan nutrisi adalah sangat bermanfaat. Ia menjadi satu siri bagi lelaki dan perempuan yang berumur di antara 20 ~ 60 tahun dengan kandungan nutrisi yang diperlukan dan tidak mencukupi yang telah ditetapkan sejak azali oleh Yang Maha Kuasa.
4.Dr.Ci:Labo Labo Labo Super Keana Lotion 100ml
Barangan yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah, dengan kata lain penjimatan yang berbaloi! Barangan dari kilang pembuatan Jepun yang disyorkan ini amat sesuai dijadikan sebagai cenderamata. Cecair penanggal solekan yang berjenama ini dihasilkan oleh pakar kulit (doktor kosmetik). Sel-sel kulit mati akan tertanggal hanya dengan gosokan perlahan. Barangan ini mampu mengekalkan kelembapan yang tinggi dan menghalang daripada pembukaan liang pori-pori. Anda juga boleh menikmati wangian buah oren asli sepanjang rawatan kulit.
5.Kuku
Perwarna kuku yang berkualiti tinggi, comel, beraneka warna dan sangat terkenal di Jepun ini boleh didapati di kedai bebas cukai. Contohnya, koleksi LUNASOL bertona gelap yang sesuai digayakan di pejabat, dan koleksi RMK berwarna merah jambu yang mudah dipadankan mengikut kesesuaian. Di samping itu, anda boleh mendapatkan pelbagai produk penjagaan kuku yang boleh mengekalkan kedudukan JILLSTUART dan rupa yang menarik, yang terdiri daripada lapisan asas, permukaan dan sebagainya. Ia sesuai dihadiahkan kepada kenalan yang tidak biasa menggayakan perwarna kuku.

Seasonally PICK UP!

Pastinya Menggembirakan dan Sesuai untuk Kegunaan Sendiri!
5 pilihan cenderamata dari Jepun
(UNIK)


1. THE BODY SHOP Fuji Green Tea Bath Tea
Bagaimana dengan mandian garam yang dihasilkan daripada Fuji Green Tea yang terkenal sejak tahun 2015? Ia merupakan salah satu simbol dari Jepun, menggunakan daun teh hijau berbau harum menyegarkan yang ditanam di kaki Gunung Fuji. Ia juga memberi kesan memuaskan, hasil daripada ekstrak teh hijau yang mengandungi agen pelembap kulit. Haruman yang menjadi kegilaan jutaan manusia dan memenuhi seluruh ruang udara bilik air ini pastinya akan dapat mengembalikan saat-saat indah anda semasa berada di Jepun, dan ini mungkin menjadikan masa mandi anda sesuatu yang paling mengujakan.
2.Ralph Lauren ‘Polo Blue’ After Shave Gel 125ml
Barangan berjenama mewah seperti ini sukar ditemui di kedai biasa dan hanya boleh didapati di kedai bebas cukai. Bersesuaian dengan warna biru laut botol, wangian sesegar langit biru ini akan bertebaran sebaik sahaja penutup botol dibuka. .Ia akan menjadikan kulit anda segar dan licin selepas bercukur. Barangan yang menjadikan hari anda lebih bermakna ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah daripada wanita kepada lelaki atau lelaki boleh mendapatkannya untuk kegunaan sendiri.
3.ReFa ACTIVE BRAIN
ReFa yang terbentuk daripada gabungan barangan kecantikan dan kosmetik mampu menghasilkan kulit yang cantik. Peralatan yang mempunyai permukaan sfera yang unik ini amat mendapat sambutan dari dalam mahupun luar negara dengan rekod jualan terkumpul sebanyak 4 juta. Terdapat 32 butang di permukaannya dan ia mampu membantu pengaktifan otak melalui aktiviti pegang-tekan butang tersebut. Anda harus mendapatkan barangan sensasi ini kerana ia mampu menambahkan daya tumpuan dan mengurangkan tekanan!
4.FANCL Sarasara Nattokinase Penjimatan Selama 90 Hari
“Natto” yang terhasil daripada tenusu kacang soya merupakan salah satu makanan Jepun yang sihat dan menjadi tumpuan. Walau bagaimanapun ia boleh menjadi makanan yang disukai atau dibenci. “Natto” adalah penyumbang besar kepada kesihatan meskipun kebanyakan orang Jepun juga tidak menyukainya kerana bau yang unik dan melekit. Ia amat sesuai disyorkan kepada orang yang mahu mendapatkan nutrisi dengan cara mudah. Enzim unik “nattokinaze” ini mampu mengumpul dan membersihkan dalaman. Sudikah anda untuk mencuba dan merasai sendiri kuasa “natto” ini?
5.HITACHI Uchikomi-Tetsugama Ohitsu-Gozen RZ-VS2Y N
Kedatangan pelancong ke Jepun semata-mata untuk membeli barangan elektrik tidak pernah berkurang setakat ini. Selain daripada bandar penjualan barangan elektrik yang terkenal seperti Akihabara, mereka juga boleh mendapatkannya di kedai bebas cukai seperti di lapangan terbang yang semestinya lebih menjimatkan masa dan tenaga. Oleh itu, kami ingin memperkenalkan periuk elektrik yang mempunyai pelbagai fungsi dan reka bentuk yang menarik ini. Anda boleh menentukan kekerasan beras dengan mengawal paras air dan berpeluang menikmati rasa beras putih yang sangat baik.
JTCI
I run it, and this site is managed by Japan Trade Culture Inc.